Kata kita..
Malaysia negara yang aman dan selamat. Benarkah begitu atau hanya kita yang merasa Malaysia selamat walhal tidaklah sebegitu.
Percaya atau tidak bahawa beribu orang mati kebuluran di mana-mana negara di benua Afrika. Sedarkah pula anda bahawa angka tersebut adalah lebih kecil daripada jumlah orang yang mati akibat terlebih makan di Malaysia.
Percaya atau tidak bahawa telah ramai menjadi mangsa keganasan Israel di Palestin. Sedarkah pula bahawa angka tersebut adalah lebih kecil daripada jumlah yang telah menjadi mangsa kepada kemalangan jalan raya?
Kata kita lagi..
Amerika negara yang kejam. Tetapi, siapa yang lebih kejam sebenarnya? Mereka membunuh atas alasan perang dan alasan-alasan yang lain. Akan tetapi, muda mudi Malaysia dengan sesuka hati membuang bayi ke dalam longkang dan tandas.
Bak kata kita..
Anak-anak muda mudi sekarang ini berperangai tidak senonoh. Selalunya, ibu bapa memarahi anak-anak walaupun sebanarnya perbuatan itu pernah dilakukan oleh mereka suatu ketika dahulu. Ada sahaja peribahasa bapa borek anak rintik, tetapi tidak diaplikasikan. Sedarlah bahawa jika si bapa mencuri RM1, maka anaknya akan mencuri RM10, cicitnya pula RM100 dan begitulah seterusnya.
Ada lagi yang kita kata..
Kita selalu mengatakan bahawa syaitan adalah makhluk yang jahat. Tetapi siapa yang sebenarnya lebih jahat? Manusia atau syitan? Syaitan tidak pernah melakukan zina, mencuri dan sebagainya. Mereka hanya membisik kepada manusia dan tidak pula memaksa manusia melakukannya. Tetapi, kita yang terlalu jahat kerana mengikuti bisikan syaitan. Tidak pula syaitan pernah mengaku sebagai tuhan. Tetapi Firaun(manusia) telah mengaku bahawa dirinya adalah tuhan dan perlu disembah. Siapakah yang sebenarnya jahat?
No comments:
Post a Comment