Wednesday, August 19, 2009

Sudah terlampau!!

Macapada, parti pembangkang kian hari kian lantang berkata-kata. Akan tetapi, sesetenga kenyataan yang dikeluaran agak melampau. Ada samapai yang menyatakan dengan tidak menyiking pembangkang, mereka tidak akan memasuki syurga. Memang tidak dinafikan Nik Aziz bukanlah calang-calang orang. Akan tetapi, kita harus sedar beliau juga manusia biasa dan bukannya maksum dan manusia tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan.

Memetik sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W., maksudnya, sesiapa yang ada kalimah toyibah iaitu mengaku hanya Allah layak di sembah dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai utusan Allah di dalam hatinya, maka layaklah dia untuk memasuki syurga Allah. Manakala seseorang boleh ditakrifkan sebagai murtad apabila melakukan syirik, meragui keesaan Allah sama ada dalam bentuk perbuatan, perkataan atau hatinya. Tidak pula disebut dengan mengundi PAS seseorang layak memasuki syurga Allah. Dan tidak pula dinyatakan dengan mengundi Barisan Nasional, seseorang dianggap sebagai murtad.

Jadi, apakah rasional Nik Aziz menjamin pengundi yang mengundi PAS untuk memasuki syurga? Beliau bukanlah seorang nabi yang mempunyai syafaat. Dan apa pula rasional beliau berkata dengan mengundi Barisan Nasional, seseorang akan memasuki neraka?

Janganlah kerana hanya untuk meraih undi sehingga memain-mainkan hukum Allah. Ingatlah azab Allah itu adalah sangat pedih. Dan janganlah sehingga PAS digelar sebagai Pembawa Ajaran Sesat sedangkan matlamat PAS untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan Islam yang sebenar dan buknnya ilam yang terpesong.

2 comments:

shahilah said...

fuyoo...
satu pengakuan yg berani..
keep it up!

Pemetik Papan Kekunci said...

thankz 4 da support..