Tuesday, November 16, 2010

Firdausi buat Firdaus

Di hadapannya, terbujur kaku mayat orang yang dikasihinya. Air mata darah sekalipun, tidak mampu mengembalikan masa yang berlalu. Mayat itu sudah kafankan dan tidak lama lagi akan diusung ke liang lahad menanti pembalasan.

Taggal 16 September, lahirlah seorang insan. Kelahirannya tidak seperti kebiasaan kita. Anak-anak zaman sekarang disambut oleh doktor-doktor yang pakar dan dibantu oleh alat-alat canggih. Kelahirannya hanyalah disambut oleh seorang misi yang bertugas di klinik desa dengan keadaan yang serba kekurangan. Nama diberi Firdaus, Firdaus bin Ahmad.

UPSR menjelang tiba. Tidak lama lagi, Firdaus dan rakan-rakannya akan menghadapi suatu peperiksaan yang amat penting bagi mereka. Inilah masa yang dinantikan setelah enam tahun di Sekolah Kebangsaan Kampung Hulu. Inilah bakal menjadi pintu bagi mereka keluar daripada kepompong hidup kampung. Bagi Firdaus, inilah peluangnya bagi mengubah nasib keluarganya. Beliau merupakan pelajar pilihan guru-guru di sekolah tersebut. Pencapaiannya amat memberansangkan dan jauh meninggalkan pelajar-pelajar yang lebih bernasib baik daripadanya.

“Pin,pin,” suara hon motosikal posmen yang menghantar surat. Amat jarang rumah En. Ahmad disinggahi oleh posmen. Apal lagi untuk menerima sepucuk surat. Melihat sampul surat yang diberikan oleh posmen, Firdaus tersenyum lebar. Apabila disuruh untuk membuka dan membacanya, ternyata apa yang terlintas difikirannya benar belaka. Air mata Pn. Rokiah bergelinangan tanda bersyukur kepada Ilahi. Ushanya membesarkan anak sulungnya itu tidak sia-sia.

Dari dalam teksi, beliau melihat melalui tingkap. Semuanya kereta-kereta mewah. Anak-anak yang dihantar ke sana juga tidak kurang hebatnya. Berpakaian serba mewah serta bergaya. Lagak gaya jalannya bukan calang-calang. Menampakkan kreadibiliti yang tinggi. Tetapi, Firdaus hanya mengenakan baju sekolah lama yang agak lusuh. Itu pun pemberian Cikgu Jefri. Manalah En. Ahmad mampu membelikan baju baharu kepada anaknya yang seorang itu.

“Tok,tok,tok.” Bunyi ketukan pintu oleh Cikgu Rizal memecah kesepian dalam kelas 1 Cemerlang. Pelajar-pelajar yang memberikan tumpuan kepada papan putih dihadapan beralih pandangan ke arah pintu kelas. Muka Cikgu Rizal menunjukkan ekspresi yang agak pelik. Beliau merupakan seorang guru yang ceria. Tetapi, ketika itu, mukanya ibarat ditimpa suatu bebanan yaang besar. Cikgu Rizal mengiringi Firdaus ke pejabat. Kelihatan Firdaus terkedu dan air mata mulai mengalir ke pipinya. Para pelajar kebingungan.

Talkin sedang dibacakan. “Wahai Ahmad bin Osman. Akan datang kepadamu dua malaikat. Dan janganlah kamu berasa takut.” Itulah antara kata-kata imam semasa membaca talkin. Ya! Bapa Firdaus telah meninggal dunia.

Disebabkan perlu membesarkan anak-anaknya, Pn. Rokiah telah berkahwin dengan seorang duda. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Firdaus dan adiknya diperlakukan seperti orang asing dalam keluarga itu. Bapa tiri mereka menjadikan mereka berdua sebagai mangsa melepaskan geram dan penat bekerja. Firdaus yang dahulu yang merupakan pelajar cemerlang tingkatannya, kini menjadi seorang pelajar yang corot. Beliau sedar bahawa, jika dia meneruskan pengajian, pasti tidak akan dipersetujui oleh bapa tirinya. Beliau rasa sungguh kasihan dengan adiknya yang dipelakukan seperti hamba. Ibunya, hanya menurut perintah suaminya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukannya.

Beliau sengaja mencari hal disekolah. Bukannya untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya, tetapi untuk menamatkan pengajiannya agar dia boleh menjaga adiknya, Syukri. Beliau tidak tahan melihat adiknya yang sudahlah cacat, malah dihina, diherdik dan dipukul pula oleh ayah tirinya itu. Firdaus juga dikutuk oleh rakan-rakanya. Beliau tidak kisah akan apa yang diperkatakan padanya. “Kau ni bodoh la. Buat malu nama sekolah saja.” “Oii Daus, kau ni merosakkan keputusan tingkatan kita sahaja. Kerana kau, silap-silap, kita tidak akan dapat keputusan terbaik bagi sekolah di negeri Pahang.” Kalau boleh, dia hendak sahaja meneruskan pengajiannya. Tetapi, sangat kasihnya kepada Syukri, beliau hiraukan semua itu. Yang pasti, dia hendak menamatkan pengajian secepat mungkin untuk menjaga Syukri.

Pelbagai kerja dicari bagi menyara kehidupannya dan adiknya. Siang dan malam membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi. Biar dirinya tidak makan seharian, asalkan adik kesayangannya itu kenyang bersendawa. Biar dia bermandi peluh, asalkan adiknya senyuman riang terukir di bibir Syukri. Senyuman Syukri membuatkan keperitan hidupnya berlalu begitu sahaja. Demi senyuman adik, abang sanggup lakukan apa sahaja.

“Zeti, tolonglah. Jangan kacau saya lagi. Cukuplah saya dihina. Saya tidak akan kembali ke sekolah,” desak Firdaus yang terjumpa Zeti ketika membelikan baju baharu untuk Syukri di pekan. Zeti berasa bingung. Apa yang membuatkan kawan baiknya itu berkelakuan sedemikian. Setahunya, ibunya sudah berkahwin lain setelah kematian bapanya. Menurut apa yang dikatakan oleh Firdaus, pekerjaan bapa tirinya itu bukannya tidak mampu menyara keluarga itu. Apa yang tidak Zeti ketahui ialah, kesengsaraan yang dihadapi oleh Firdaus dan adiknya sehingga mereka melarikan diri daripada keluarga itu.

Zeti cuba pergi ke rumah Firdaus. Setelah bersembang dengan Pn. Rokiah, barulah Zeti mengerti apa yang dihadapi oleh Firdaus. Zeti mencari Firdaus di seluruh pekan. “Ponn...” bunyi hon kereta diikuti dengan bunyi geseran tayar akibat brek secara mengejut. Zeti melangkah keluar dari motokarnya dengan cemas. “Ya Allah, Daus!” teriak Zeti. Tidak disangkanya. Orang yang dicari selama ini dipertemukan dalam keadaan seperti itu. Firdaus berlumuran darah. Kecederaan serius di bahagian kepalanya. Dia melihat adiknya dan tersenyum melihat adiknya yang terselamat daripada dilanggar sambil berkata, “Abang sayang adik”. Lalu, matanya terpejam.

Orang yang selama ini yang dikeji serta dikutuk di sekolah merupakan seorang yang mulia. Pengorbanannya demi adik kesayanggannya tidak terperi. “Tidak ku sangka sanggup dia berkelakuan begitu. Orang yang kita keji dahulu di sekolah sebenarnya adalah lebih mulia. Bukan sengaja dia mahu begitu, tetapi, keadaan yang mendesak. Kita sebagai orang luar hanya mampu berkata tanpa tahu mengapa,” kata Zeti sambil teresak-esak. Moga-moga Syurga Firdaus buat Firdaus Bin Ahmad.

Saturday, November 13, 2010

Lelaki Hipokrit

“Sayang jangan cakap dengan lelaki lain. Nanti I jelous tau,” kata-kata seperti ini sering diucapkan oleh para lelaki hipokrit! Memang diakui cemburu tanda sayang, tetapi, cemburu yang berlebihan apa pula ceritanya? Apalah hak lelaki ke atas seorang perempuan yang bukan mahramnya ataupun isterinya. Sedarlah bahawa anda cuma berkasih, bukannya sudah berkahwin. Jadi, anda tiada hak untuk menghalang kekasih anda melakukan apa-apa yang disukainya.

Takkan lah dia berhubung dengan rakan-rakan lelakinya pun, anda mahu cemburu? Bukankah itu dipanggil cemburu buta? Janganlah kerana ego anda yang teralu tinggi, anda melakukan si dia seperti hamba. Dia punya perasaan. Dia punya kebebasan yang tidak boleh disekat. Daripada anda melarang si dia berhubung dengan lelaki lain, baiklah anda menyuruhnya berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya.

Kita seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan kita. Bukannya cemburu tidak tentu pasal. Kepada para hawa di luar sana, sedarlah bahawa anda punyai hak dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Apalah ertinya berkasih sayang jika anda berada dalam keadaan yang menyesakkan? Apalah ertinya berkasih sayang jika kebebasan anda disekat? Apalah ertinya berkasih sayang jika kesetiaan anda diragui? Cuba bayangkan, jika anda mendirikan rumah tangga dengan lelaki seperti itu, bagaimanakah keadaan anda selepas berkahwin? Jika sebelum berkahwin pun sudah tersiksa, jika sudah berkahwin anda sendiri rasa.

Sedarlah para lelaki, anda menghalang kekasih anda berkawan dengan lelaki lain, tetapi, bagaimanapula diri anda? Adakah anda juga turut menghalang diri anda daripada berkawan dengan perempuan lain? Tidakkah hipokrit namanya begitu?