Tuesday, February 1, 2011

Salam

Belakangan ini heboh di facebook yang mengatakan bahawa penggunaan istilah “salam” adalah salah. Oleh itu, saya terpanggil untuk membetulkan keadaan. Dalam mesej tersebut : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Saya mengakui ayat tersebut adalah ayat asli daripada Al-Quran dan tidak ditokok tambah. Akan tetapi, ayat itu sebenarnya telah dimanipulasikan menerusi huraian yang diberikan dalam masej tersebut sehingga mengelirukan. Cuba kita lihat beberapa ayat sebelumnya.

And those whom they invoke besides Allah have no power of intercession;- only he who bears witness to the Truth, and they know (him). ((Allah) has knowledge) of the (Prophet's) cry, "O my Lord! Truly these are people who will not believe!". But turn away from them, and say "Peace!" But soon shall they know! (QS. 43:87-89) *dalam laptop saya hanya mengandungi terjemahan dalam bahasa inggeris*

Jika kita melihat ayat 87 hingga ayat 89, nabi diutus kepada satu kaum dan kaum tersebut mengingkarinya. Lalu nabi mengadu kepada Allah. Allah menyuruh nabi supaya berpaling daripada kaum tersebut dan mengucapkan “salam” kepada mereka.

Ternyata di sini bahawa nabi sendiri telah menggunakan istilah “salam”, maka tidak menjadi satu kesalahan jika kita juga menggunakannya.

Selain itu, ulama telah bersepakat bahawa menggunakan “salam” bagi menggantikan “Assalamualaikum” dibenarkan, tetapi lebih molek jika kita member salam dengan sepenuhnya. Tetapi terletak pada pilihan masing-masing, mana-mana satu pun boleh dipakai. Oleh itu, saya berharap umat Islam tidak lagi terkeliru dengan penggunaan “salam”. Diharapkan selepas ini kita lebih berhati-hati dengan setiap masej yang kita terima. Periksa dahulu kesahihannya sebelum menyebarkannya kepada orang lain meskipun tertulis ayat Al-Quran kerana artikel-artikel di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja dan kadang-kadang mengelirukan.