Tuesday, June 9, 2009

Permasalahan lelaki dan wanita

Assalamualaikum,
Macapada penulis-penulis blog mengeluarkan pendapat mengatakan perhubungan lelaki dan wanita adalah haram. Mana mereka belajar? Apa kelayakan mereka untuk mengeluarkan hukum sedemikian? Barang sesiapa yang mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram adalah berdosa dan merupakan salah satu tanda kiamat. Di sini, saya ingin mengutarakan pendapat kerana tergerak untuk menyatakan pendapat setakat ilmu yang terpahat di dada yang tidaklah sebanyak mana.

Makanya, kenapa ustaz-ustaz tidak menghalang pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar? Mengapa pula ulama dan ahli fatwa tidak mengeluarkan fatwa bahawa bergaul lelaki dan perempuan adalah haram? Anda perlu sedar bahawa Islam mengamalkan prinsip murunah yang membawa maksud Islam agama yang luwes dan anjal lagi fleksible. Tidakkah anda tahu? Islam fleksible dalam semua perkara dan salah satunya dalam hal menuntut ilmu yang mana lelaki dan perempuan boleh bercampur apabila belajar. Dan tidakkah anda tahu bhawa suara wanita tidak menjadi aurat ketika sedang belajar. Jika Islam begitu ketat, makanya jika kalian tidak larat untuk berpuasa ketika bulan Ramadhan, anda terpaksa berpuasalah dan tidak dibenarkan berbuka meskipun tiada daya lagi untuk berpuasa. Jika benar begitu, makanya tiada siapa-siapa pun yang mahu memeluk agama Islam jika Islam begitu memaksa.

Islam membenarkan manusia bercinta dengan had-had tertentu. Saya paham, bahawa cinta mendorong kepada zina dan kta seharusnya tidak mendekati zina. Islam membenarkan pertunangan. Tahukah kalian takrif pertunangan? Pertunagan ditakrifkan sebagai kenyataan berikut "Aku mencintaimu" yang dikelurkan oleh lelaki dan dibalas dengan "Aku juga mencintaimu" oleh perempuan atau kata-kata mahupun perbuatan yang sama maksud dengannya. Tidakkah anda perasan bahawa ungkapan tersebut dikeluarkan oleh insan yang bercinta? Ternyata bercinta atau istilah lainnya bertunang tidak menjadi suatu masalah jika kita tidak melampaui batasan syarak yang dibenarkan. Segalanya terpulang kepada tuan yang punya badan.

Oleh tu, kepada para pembaca, jangan terus percaya dengan artikel-artikel di internet sebaliknya perlulah selidiki sejauh mana kebenarannya. Ini tidak, dengan disertakan dengan ayat al-Quran, terus kalian mengambil itu sebagai hujah yang kukuh tanpa membuat rujukan kepada pihak yang arif. Kepada penulis-penulis, jangan hanya berkarya dengan sesuka hati kerana mungkin apa-apa yang anda coretkan mungkin menjadi dusta dan di”foward”kan. Cuba bayangkan berapa banyak dosa yang anda buat. Jika apa yang saya coretkan ini salah, tolong tegurkan kerana ilmu di dada ini tidaklah sebegitu tinggi.

3 comments:

Nurulain Zainudin said...

ape2 pon, ade otak, ade akal, pk lah sniri...

Alia said...

hmm.. dari sudut universalnya. ada antara kita ini mempunyai penyakit hati. di mana apabila seseorang itu berbicara dengan berlainan jantina secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berzina . dalam ertikata zina yang lebih halus dan yang paling ditakuti dalam setiap orang, maksud hadis,[rujuk fadilat amal kat surau, aku tau ada.]

kedua, percakapan yang lama antara lelaki dan perempuan menyebabkan berlakunya fitnah, jika untuk lelaki tak perlu bimbang, tapi kalau fitnah itu mengenai sang perempuan, maka lainlah jadinya,

harus diketahui bahawa apabila seseorang perempuan itu banyak berhubungan baik dengan ramai lelaki, perempuan tersebut sebenarnya menghilangkan kemanisan hubungan beliau dengan rakan seperempuanannya. =D

ketiga, banyak sembang ngan lain jantina hati2, walau kita tak ada penyakit hati tapi mungkin orang yang kita berbicara itu ada. siapa tahu..? =D

Pemetik Papan Kekunci said...

hmm..
wait for my latest post nanti..

i'll explain more..
for the time being..
i don't have much time to post new entry.. i quite busy now