Terima kasih kepada semua ‘follower’ yang sabar menanti untuk blog terbaru. Isu kali ini agak menarik untuk direnungkan bersama-sama. Boleh dikatakan bahawa 98.99% orang memikirkan tentang cita-cita mereka apabila dewasa semasa kecil. Dan cita-cita yang dibuat berdasarkan pengaruh luar seperti pendedahan mengenai kerjaya dan keadaan persekitaran. Selain itu, faktor kematangan fikiran juga mempengaruhi seseorang memilih cita-cita mereka.
Dan cita-cita yang biasa dipilih adalah cita-cita yang terbaik dan memerlukan pencapaian yang cemerlang dalam akademik seperti doktor, jurutera dan peguam. Akan tetapi, kita tidak pernah memilih cita-cita yang memerlukan pencapaian akademi yang rendah. Hal ini kerana tidak semestinya kita akan terpilih dalam sesuatu kursus meskipun mendapat pencapaian akademik yang agak baik kerana melihat kepada persaingan pasaran semasa. Kesannya, para pelajar akan berputus asa dan akhirnya menganggur dan melakukan akiviti yang merugikan diri dan negara seperti mencuri,meragut dan menagih dadah.
Tidak pula ada yang menetapkan cita-cita yang pada dasarnya agak baik tetapi kurang diminati oleh rakyat Malaysia seperti broker saham atau petani. Kononnya cita-cita seperti ini tidak begitu glamour dan menjanjikan gaji yang besar. Ternyata tanggapan mereka tersasar jauh sama sekali kerana pekerjaan seperti ini menawarkan gaji yang amat lumayan, tidak memerlukan pencapaian akademik yang tinggi dan kurang persaingan bagi mereka yang memohon kursus-kursus seperti ini. Jadi peluang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran dalam kursus ini amat cerah!
Jadi di sini penulis ingin menyarankan kepada para pembaca bahawa kita bukan hanya perlu meletakan cita-cita yang tinggi dan memerlukan pencapaian akademik yang tinggi dan ditambah pula dengan persaingan yang hebat, malah kita juga harus memikiran cita-cita yang tidak sebegitu tinggi supaya kita mempunyai pelan sampingan apabila keadaan yang di luar jangkaan terjadi seperti mendapat keputusan SPM yang kurang memberansangkan. Ibu bapa pula, janganlah terlalu mendesak anak-anak mereka dalam menentukan hala tuju dan masa depan kerana dikhuatiri mereka akan kecundang di tengah jalan.
1 comment:
dats y..aku pilih bussness management...
Post a Comment