Friday, May 15, 2009

PPSMI?

Assalamualaikum,

Kali ini penulis ingin mengajak anda untuk merenung sejenak mengenai isu PPSMI yang hangat diperkatakan oleh golongan-golongan cendiakawan bukan sahaja melibatkan sasterawan dari Malaysia, malah hal ini turut diperkatakan oleh beberapa orang pencinta bahasa dari luar negara yang ternyata bukannya orang Melayu.

PPSMI atau nama penuhnya, pengajaran dan ‘Pembelajaran Dan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris’. Isu ini menjadi panas kerana melibatkan permainan politik. Sesetengah ahli politik mahupun parti menggunakan isu ini untuk meraih penyokong dan undi. Sepatutnya, isu ini harus dibincangkan antara kerajaan, pembangkang dan NGO dan bukannya digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk meraih undi.

PPSMI pernah dilaksanakan di Tanah Melayu ketika British menjajah Tanah Melayu. Perlaksanaannya diteruskan walaupun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kemudian PPSMI telah dimansuhkan dari sistem pendidikan negara kita. Akan tetapi sistem ini dilaksanakan kembali sekitar tahun 2003 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4; yang berbahagia Tun Dr. Mahathir. Tetapi, semasa perlaksanaannya pada ketika itu, hanya segelintir golongan sahaja yang menentang dan penentangan tersebut hanyalah suam-suam kuku sahaja. Tiada demonstrasi yang telah diadakan.

Tetapi belakangan ini, terdapat pihak yang mula mempertikaikan PPSMI yang telah dilaksanakan hampir 6 tahun. Mengapa baru sekarang masyarakat dan tokoh-tokoh bahasa mempertikaikan perkara ini? Mengapa tidak semenjak cadangan ini dikemukakan oleh Tun kira-kira 6 tahun yang lalu? Adakah kerana pada ketika itu mereka berasa takut untuk membangkang kerana sistem pemerintahan yang bercorak ala-ala "kuku besi"? Ataupun perkara ini sengaja diwujudkan untuk meraih undi daripada rakyat?

Apakah yang dimaksudkan dengan “Adakah kerana pada ketika itu mereka berasa takut untuk membangkang kerana sistem pemerintahan yang bercorak ala-ala kuku besi?”. Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman pemerintahan Tun, tiada siapa pun yang berani melawan atau menentang setiap perkara yang ingin dilaksanakan oleh Tun. Tetapi setelah tampuk pemerintahan berubah kepada Yang Berbahagia Tun Abdullah, yang mana bersikap lebih lembut, golongan penentang mula berani menunjukkan taring? Jika benarlah begitu, ternyata penentang-penentang PPSMI ini memang bersifat bacul. Mereka ini hanya berani menentang apabila berasa keadaan agak selamat bagi mereka? Jika benar mereka menentang perlaksanaan PPSMI atas dasar kepentingan Bahasa Melayu, seharusnya mereka tidak perlu gentar untuk meghadapi segala kemungkinan.

Apa pula yang dimaksudkan dengan mereka ini bertujuan untuk meraih undi? Isu ini boleh dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mencapai hasrat mereka meneraju tampuk kepimpinan negara. Mereka sengaja memperguna isu ini untuk meraih undi rakyat kerana kebanyakkan rakyat tidak kurang bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI kerana menganggap PPSMI hanyalah menyusahkan pelajar-pelaajar Malaysia dan membawa lebih banyak keburukan. Dengan menggunakan isu ini, mereka boleh dianggap “pembela” bangsa dan ternyata banyak undi yang dapat diraih. Jika benarlah parti pembangkang menggunakan isu ini hanyalah semata-mata untuk permainan politik mereka, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini hanyalah menangguk di air yang keruh. Dan mereka ini bukanlah pejuang bangsa dan bahasa Melayu sebenarnya tetapi hanya untuk permainan politik semata-mata.

Konsklusinya, hasrat sebanar pejuang-pejuang PPSMI masih samar-samar dan diragui kejujurannya. Jika benarlah mereka ini memperjuangkan bahasa Melayu, kenapa hal ini tidak diwujudkan semenjak Tun Mahathir mula mengeluarakan kenyataan untuk melaksanakan PPSMI pada tahun 2003? Bukankah lebih baik mereka bertindak ketika itu daripada sekarang? Bukankah lebih baik mencegah daripada mengubati? Tidakkah tindakkan mereka ini boleh diibaratkan sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur? Persoalan ini saya tinggalkan untuk para pembaca untuk menilainya kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza.

Friday, April 24, 2009

Cintaku pada si pembunuh..


Wanita…yang dicinta dan tercinta oleh kaum lelaki..namun di manakah cinta wanita kepada lelaki apabila kaum lelaki “terbunuh” oleh kaum yang kejam ini?!!! Mungkin anda tidak percaya dengan kata-kata yang boleh diertikan sebagai tohmahan membuta tuli oleh saya terhadap kaum wanita. Mungkin juga anda menganggap kenyataan yang saya keluarkan ini suatu kenyataan bodoh yang sengaja dikeluarkan sebagai suatu bentuk provokasi kepada kaum wanita.

Buktinya adalah wanita yang membawa genetik penyakit yang merupakan pembunuh utama kaum lelaki seperti penyakit “muscular dystrophy” dan hemophilia (http://health.yahoo.com/blood-overview/hemophilia-topic-overview/healthwise--hw191400.html).

Muscular dystrophy ini menyebabkan otot menjadi lemah dan kekurangan protein. Sel dan tisu otot akan mati. Bayangkan betapa terseksa dan kasihannya bagi si penghidap (lelaki) yang sudah pasti berkesudahan dengan AJAL yang bakal menjemput.

Sendi-sendi pada badan seorang insan teraniaya bernama lelaki yang menghidap hemofilia juga mudah berdarah. Golongn yang terang-terangan tidak bersalah ini juga mudah mengalami luka-luka pada badan. Jika mereka terpaksa menjalani pembedahan atas sebab-sebab tertentu seperti berkhatan , mereka akn mengalami pendarahan teruk yang sukar diberhentikan. Apatah lagi jika mengalami kemlangan? Cuba anda yang bermentaliti fikirkan.

Secara izharnya di sini sudah terang lagi bersuluh bahawa wanita ialah bangsa dan kaum yang menjadi ‘silent killer’ yang membunuh dengan cara yang lebih kejam berbanding lelaki seperti yang selalu diuar-uarkan oleh media cetak dan media elektronik arus perdana.

Jika sebelum ini pepatah ‘bukan salah ibu yang mengandung , tetapi bapa yang menabur benih’ , masa kini harus ditukar secara total menjadi ‘bukan salah bapa yang menabur benih , tetapi salah ibu yang mengandung’…memang wanita ‘bermasalah’ ini yang bertanggunggjawab atas dasar memupuskan kaum lelaki , yang suci dan berhati mulia , yang rajin ke masjid dan ke surau , walaupun hakikatnya golongan ini majoritinya daripada kaum-kaum lelaki yang dah tua kerepot.

Maaf jika kenyataan ini mengguris hati lembut golongan hawa…namun sedarlah bahawa kesakitan yang lebih pedih jelas dirasai oleh golongan adam yang sering diantonimkan sebagai golongan yang kasar dan ganas.