Hari ini saya nak share kepentingan “logout”. Kalau
salah minta tolong betulkan J
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa kena logout
sedangkan kila boleh click close pada browser dan semuanya akan terpadam. Ternyata
salah tanggapan sebegitu.
Sebenarnya, apabila kita login ke sesuatu
website, cookies akan “terbentuk”. Akan tetapi, sesetengah laman web tidak
mengingkripsi sambungan. Oleh itu, ada pihak ketiga yang boleh “mendengar”
sambungan tersebut.
Apa yang mereka boleh buat dengan mendengar
sambungan tersebut?
Mereka boleh meng’login’ ke akaun anda dan
melihat segala yang ada dalam akaun tersebut tanpa had. Pendek kata, pihak
ketiga tersebut merupai diri anda dan masuk ke akaun tersebut
Apabila anda logout, cookies tersebut akan
expired dan pihak ketiga tersebut tidak lagi dapat menggunakan cookies yang
diperoleh semasa anda melayari laman web tersebut.
Bagaimanapun, saya menasihatkan anda melayari
laman web yang mengengkripsi sambungan dengan menggunakan https://
Anda juga dinasihatkan membuang cookies setiap
kali selepas habis melayari internet.
No comments:
Post a Comment