Wednesday, December 14, 2011

Gaji nai, Barang naik


Asal gaji naik, harga barang mesti naik kan?
Ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia. Ini disebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk meraih lebih untung. Jika gaji pekerja dinaikkan 10 kali ganda, maka harga barang pun akan ikut serta. Makanya tiada untungnya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kerana ini akan menyebabkan harga barang turut naik. Kesian kepada pekerja sektor swasta kerana mereka tidak menikmati kenaikkan gaji, sebaliknya merasai peningkatan harga barang. Apalah salahnya jika kerjaan hanya mengeluarkan pekeliling menyatakan kenaikkan gaji tanpa perlu dihebahkan dalam media. Ya, lambat laun peniaga akan tahu jua hal berikut, tetapi akan mengambil sedikit masa.

Saya tidak menyalahkan peniaga mahu mengaut untung, tetapi biarlah berpada. Contohnya sepaket gula naik 30 sen. Peniaga minuman pasti akan menaikkan minuman mereka 10 sen. Cuba bayangkan, sepeket gula boleh digunakan untuk membuat 50 minuman, jika 50 minuman dinaikkan 10 sen setiap satu, makanya dia akan untung RM 5. Inilah yang disebutkan melampau. Sepeket gula naik 10 sen, tetapi mereka boleh membat untung sebanya RM 5. Renung-renungkan

No comments: