Asal gaji naik, harga barang mesti naik kan?
Ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia. Ini
disebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk meraih lebih untung. Jika
gaji pekerja dinaikkan 10 kali ganda, maka harga barang pun akan ikut serta. Makanya
tiada untungnya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kerana ini akan
menyebabkan harga barang turut naik. Kesian kepada pekerja sektor swasta kerana
mereka tidak menikmati kenaikkan gaji, sebaliknya merasai peningkatan harga
barang. Apalah salahnya jika kerjaan hanya mengeluarkan pekeliling menyatakan
kenaikkan gaji tanpa perlu dihebahkan dalam media. Ya, lambat laun peniaga akan
tahu jua hal berikut, tetapi akan mengambil sedikit masa.
Saya tidak menyalahkan peniaga mahu mengaut
untung, tetapi biarlah berpada. Contohnya sepaket gula naik 30 sen. Peniaga minuman
pasti akan menaikkan minuman mereka 10 sen. Cuba bayangkan, sepeket gula boleh
digunakan untuk membuat 50 minuman, jika 50 minuman dinaikkan 10 sen setiap satu,
makanya dia akan untung RM 5. Inilah yang disebutkan melampau. Sepeket gula
naik 10 sen, tetapi mereka boleh membat untung sebanya RM 5. Renung-renungkan