Wednesday, December 14, 2011

Gaji nai, Barang naik


Asal gaji naik, harga barang mesti naik kan?
Ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia. Ini disebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk meraih lebih untung. Jika gaji pekerja dinaikkan 10 kali ganda, maka harga barang pun akan ikut serta. Makanya tiada untungnya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kerana ini akan menyebabkan harga barang turut naik. Kesian kepada pekerja sektor swasta kerana mereka tidak menikmati kenaikkan gaji, sebaliknya merasai peningkatan harga barang. Apalah salahnya jika kerjaan hanya mengeluarkan pekeliling menyatakan kenaikkan gaji tanpa perlu dihebahkan dalam media. Ya, lambat laun peniaga akan tahu jua hal berikut, tetapi akan mengambil sedikit masa.

Saya tidak menyalahkan peniaga mahu mengaut untung, tetapi biarlah berpada. Contohnya sepaket gula naik 30 sen. Peniaga minuman pasti akan menaikkan minuman mereka 10 sen. Cuba bayangkan, sepeket gula boleh digunakan untuk membuat 50 minuman, jika 50 minuman dinaikkan 10 sen setiap satu, makanya dia akan untung RM 5. Inilah yang disebutkan melampau. Sepeket gula naik 10 sen, tetapi mereka boleh membat untung sebanya RM 5. Renung-renungkan

Tuesday, December 6, 2011

TuneUp Utilities 2012


Sebelum ni ada turorial pasal TuneUp Utilities kan?
Ni dia softwarenye. Banyak manafaat!
Dan kemudian install
Generate dan kemudian copy key tuh dn letak dalam registration tuneup
tapi kena disable update dan skip online registration

Tukar login screen korang jadi mcm egen FBI


Hari ini saya akan share mcm mana nk tukar login screen korang jadi mcm egen FBI

Tools yg kena ada TuneUp Utilities

Picture boleh pilih...memandangkan tutorial tulis utk jadi FBI, ini antaranya
http://fc00.deviantart.net/fs45/f/2009/083/a/f/FBI_Logo_2_by_gandiusz.jpg
atau mana-mana gambar yang korang suka..tak semestinya FBI

Download dan install TuneUp Utilities.
Kemudian pergi  ke customize windows
Pilih “logon screen”
Klik Create New
Dan pilih search local drives dan cari tempat kat mana korang save image tersebut
Lepastu klik save logon screen
Select logon screen yg baru dan klik apply
untuk hasilnya, restart.
p/s: kalau computer jadi slow, tukar ke defult balik.hehehe

Monday, December 5, 2011

Facebook dan hacking?



Facebook dan hacking?
Macam tak dapat dipisahkan sekarang ni.
Tiap-tiap hari ada sahaja Facebook yang dihack.

Ada beberapa langkah mudah untuk elak dari kena hack
1)     Jangan klik link-link di internet sesuka hati. Anda mungkin menyebabkan komputer anda terdedah kepada hacker
2)     Guna secured login
Account setting>Secrity>Secure browsing(edit)>enable>save
3)     Guna password yang secured
Contohnya anda bernama Ali dan dilahirkan pada tahun 2011 boleh dijadikan password seperti ini
@|_i11 atau /\Li11
Tetapi saya menasihatkan anda menggunakan nama yang tidak diketahui umum(cth:nama yang dipanggil dalam keluarga ) dan tidak menggunakan tahun kelahiran anda.
4)     Akhir sekali, delete browing data
Bagi pengguna Google Chrome; Pegi kt customize>tools>clear browsing data
ataupun Ctrl+Shift+Delete

Selamat mencuba dan harap-harap korang bukan mangsa seterusnya

Pelik dan kagum



Pelik kan? Apa yang peliknya?

Mana tak peliknya, orang sangat benci Yahudi, tetapi still guna Facebook dan sebagainya. Tak perlu untuk kita membenci Yahudi sebaliknya perlu kagum dengan keupayaan mereka memanipulasi umat Islam di seluruh dunia. Kenapa perlu marah kepada mereka? Sedangkan kita yang terlalu leka dibuai mimpi. Strategi mereka untuk menjatuhkan Islam telah berjaya dan berkesan sekali.

Ini kerasa mereka mempunyai strategi dan pelan yang begitu mantap untuk menghancurkan umat Islam. Kita tidak sepatutnya membenci mereka kerana mereka yang telah mereka komputer, internet dan sebagainya yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia hari ini.

Kagum bukan? Yang paling kagum, satu masa dahulu ada kempem boikot barangan Yahudi, tetapi sekarang apa dah jadi? Renung-renung dan fikirkan.

Tuesday, February 1, 2011

Salam

Belakangan ini heboh di facebook yang mengatakan bahawa penggunaan istilah “salam” adalah salah. Oleh itu, saya terpanggil untuk membetulkan keadaan. Dalam mesej tersebut : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Saya mengakui ayat tersebut adalah ayat asli daripada Al-Quran dan tidak ditokok tambah. Akan tetapi, ayat itu sebenarnya telah dimanipulasikan menerusi huraian yang diberikan dalam masej tersebut sehingga mengelirukan. Cuba kita lihat beberapa ayat sebelumnya.

And those whom they invoke besides Allah have no power of intercession;- only he who bears witness to the Truth, and they know (him). ((Allah) has knowledge) of the (Prophet's) cry, "O my Lord! Truly these are people who will not believe!". But turn away from them, and say "Peace!" But soon shall they know! (QS. 43:87-89) *dalam laptop saya hanya mengandungi terjemahan dalam bahasa inggeris*

Jika kita melihat ayat 87 hingga ayat 89, nabi diutus kepada satu kaum dan kaum tersebut mengingkarinya. Lalu nabi mengadu kepada Allah. Allah menyuruh nabi supaya berpaling daripada kaum tersebut dan mengucapkan “salam” kepada mereka.

Ternyata di sini bahawa nabi sendiri telah menggunakan istilah “salam”, maka tidak menjadi satu kesalahan jika kita juga menggunakannya.

Selain itu, ulama telah bersepakat bahawa menggunakan “salam” bagi menggantikan “Assalamualaikum” dibenarkan, tetapi lebih molek jika kita member salam dengan sepenuhnya. Tetapi terletak pada pilihan masing-masing, mana-mana satu pun boleh dipakai. Oleh itu, saya berharap umat Islam tidak lagi terkeliru dengan penggunaan “salam”. Diharapkan selepas ini kita lebih berhati-hati dengan setiap masej yang kita terima. Periksa dahulu kesahihannya sebelum menyebarkannya kepada orang lain meskipun tertulis ayat Al-Quran kerana artikel-artikel di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja dan kadang-kadang mengelirukan.