Takkan lah dia berhubung dengan rakan-rakan lelakinya pun, anda mahu cemburu? Bukankah itu dipanggil cemburu buta? Janganlah kerana ego anda yang teralu tinggi, anda melakukan si dia seperti hamba. Dia punya perasaan. Dia punya kebebasan yang tidak boleh disekat. Daripada anda melarang si dia berhubung dengan lelaki lain, baiklah anda menyuruhnya berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya.
Kita seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan kita. Bukannya cemburu tidak tentu pasal. Kepada para hawa di luar sana, sedarlah bahawa anda punyai hak dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Apalah ertinya berkasih sayang jika anda berada dalam keadaan yang menyesakkan? Apalah ertinya berkasih sayang jika kebebasan anda disekat? Apalah ertinya berkasih sayang jika kesetiaan anda diragui? Cuba bayangkan, jika anda mendirikan rumah tangga dengan lelaki seperti itu, bagaimanakah keadaan anda selepas berkahwin? Jika sebelum berkahwin pun sudah tersiksa, jika sudah berkahwin anda sendiri rasa.
Sedarlah para lelaki, anda menghalang kekasih anda berkawan dengan lelaki lain, tetapi, bagaimanapula diri anda? Adakah anda juga turut menghalang diri anda daripada berkawan dengan perempuan lain? Tidakkah hipokrit namanya begitu?
1 comment:
cerita yg amat mengagumkan....
Post a Comment