Monday, October 25, 2010

Rokok dan Perokok

Pelik tapi benar. Walaupun harga rokok sudah meningkat dan pelbagai kempen-kempen kesedaran diadakan mengapa masih ramai yang menghisapnya? Umum mengetahui bahaya rokok akan tetapi makin hari, makin ramai pula yang menghisap rokok. Memang benar ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi, kita sebagai manusia mampu berusaha untuk memanjangkan hayat kita. Jika kita punya umur yang panjang sekalipun tetapi mempunyai segala jenis penyakit, apa gunanya? Sedarlah para perokok, setiap asap yang anda sedut itu tiada gunanya melainkan membawa kemudaratan pada diri sendiri dan orang sekitar. Ingatlah bahawa, setiap benda yang merosakkan itu adalah haram dan setiap benda yang haram itu adalah bahan bakar api neraka.

Mari kita lakukan sedikit pengiraan mudah,

Sehari sekotak rokok=RM 5.00

Setahun = RM5 X 365

= RM 1,825


Jangka hayat perokok; bermula sekitar umur 15 tahun hingga ke 50 tahun

=36 tahun

RM1825 X 36 tahun = RM65,700

Duit RM65,700 yang anda gunakan untuk membunuh diri itu boleh disumbangkan kepada rakyat-rakyat Palestin yang memerlukan.

Ingin mengubah nasib anda?

Klik sini

2 comments:

dakpipimerah said...

wahh,,,bgus la..jgn merokok ye tuan blogger,,hemo3

Pemetik Papan Kekunci said...

hahaha..insyaallah