Seorang lelaki disunatkan melihat bakal pasangannya sebelum berkahwin. Selain itu, dengan mengenali pasangan terlebih dahulu, kita dapat mengenal hati budi masing-masing secara ringkas dan akan dapat mengelakkan perselisihan faham berlaku pada masa akan datang. Perlu ditegaskan di sini, mengenali secara ringkas, dan bukannya mengenali keseluruhan yakni luar dan dalam, yang halal diketahui mahupun yang haram diketahui.
Apabila kamu berdua-duaan, maka datang pihak ketiga iaitu syaitan. Islam melarang sama sekali lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan. Hal ini bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu, apabila pasangan itu hendak berjumpa, berjumpalah di tempat yang terbuka bagi mengelakkan fitnah. Selain itu, perempuan tersebut perlulah ditemani oleh mahramnya samaada kawan perempuan yang boleh dipercayai atau mana-mana ahli keluarganya yang dapat mencegah perbuatan mungkar berlaku.
Bercinta dalam Islam juga tidak membenarkan pasangan tersebut meluahkan kata-kata cinta yang menimbulkan syahwat mahupun janji-janji nista. Apabila kamu berjanji, hendaklah kamu menunaikannya. Selalunya, orang yang bercinta akan teikut-ikut dengan budaya Barat yang melemparkan janji-janji kosong yang tidak ke mana-mana. Alangkah baiknya kira kita mengucapkan “InsyAllah, jika ditakdirkan Allah, pasti kita akan bersama hingga ke akhir hayat”.
Oleh itu, janganlah sesekali meletakan sesuatu hukum tanpa berfikir panjang. Memang benar orang-orang dahulu berkahwin tanpa berpacaran pun dapat hidup bahagia. Akan tetapi, kita perlu sedar bahawa dunia sekarang dan dunia dahulu sangat berbeza. Pada zaman dahulu, kita dijodohkan dengan orang yang sudah dikenali asal usulnya, selalunya orang sekampung. Akan tetapi, zaman sekarang orang berasal dari Perlis berkahwin dengan orang yang berasal dari Johor. Menjadi suatu yang agak mustahil untuk ibu bapa pengantin lelaki mengetahui hati budi dan asal usul perempuan tersebut. Oleh itu, mereka berdua perlu saling berkenalan terlebih dahulu sebelum mendirikan sebuah rumah tangga yang utuh. Nabi Muhammad S.A.W, menggalakkan kita berkahwin dengan orang yang jauh bagi merapatkan silaturahim antara kedua-dua keluarga