Showing posts with label zina. Show all posts
Showing posts with label zina. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Pelik tapi benar

Kata kita..

Malaysia negara yang aman dan selamat. Benarkah begitu atau hanya kita yang merasa Malaysia selamat walhal tidaklah sebegitu.

Percaya atau tidak bahawa beribu orang mati kebuluran di mana-mana negara di benua Afrika. Sedarkah pula anda bahawa angka tersebut adalah lebih kecil daripada jumlah orang yang mati akibat terlebih makan di Malaysia.

Percaya atau tidak bahawa telah ramai menjadi mangsa keganasan Israel di Palestin. Sedarkah pula bahawa angka tersebut adalah lebih kecil daripada jumlah yang telah menjadi mangsa kepada kemalangan jalan raya?

Kata kita lagi..

Amerika negara yang kejam. Tetapi, siapa yang lebih kejam sebenarnya? Mereka membunuh atas alasan perang dan alasan-alasan yang lain. Akan tetapi, muda mudi Malaysia dengan sesuka hati membuang bayi ke dalam longkang dan tandas.

Bak kata kita..

Anak-anak muda mudi sekarang ini berperangai tidak senonoh. Selalunya, ibu bapa memarahi anak-anak walaupun sebanarnya perbuatan itu pernah dilakukan oleh mereka suatu ketika dahulu. Ada sahaja peribahasa bapa borek anak rintik, tetapi tidak diaplikasikan. Sedarlah bahawa jika si bapa mencuri RM1, maka anaknya akan mencuri RM10, cicitnya pula RM100 dan begitulah seterusnya.


Ada lagi yang kita kata..

Kita selalu mengatakan bahawa syaitan adalah makhluk yang jahat. Tetapi siapa yang sebenarnya lebih jahat? Manusia atau syitan? Syaitan tidak pernah melakukan zina, mencuri dan sebagainya. Mereka hanya membisik kepada manusia dan tidak pula memaksa manusia melakukannya. Tetapi, kita yang terlalu jahat kerana mengikuti bisikan syaitan. Tidak pula syaitan pernah mengaku sebagai tuhan. Tetapi Firaun(manusia) telah mengaku bahawa dirinya adalah tuhan dan perlu disembah. Siapakah yang sebenarnya jahat?

Tuesday, June 9, 2009

Permasalahan lelaki dan wanita

Assalamualaikum,
Macapada penulis-penulis blog mengeluarkan pendapat mengatakan perhubungan lelaki dan wanita adalah haram. Mana mereka belajar? Apa kelayakan mereka untuk mengeluarkan hukum sedemikian? Barang sesiapa yang mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram adalah berdosa dan merupakan salah satu tanda kiamat. Di sini, saya ingin mengutarakan pendapat kerana tergerak untuk menyatakan pendapat setakat ilmu yang terpahat di dada yang tidaklah sebanyak mana.

Makanya, kenapa ustaz-ustaz tidak menghalang pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar? Mengapa pula ulama dan ahli fatwa tidak mengeluarkan fatwa bahawa bergaul lelaki dan perempuan adalah haram? Anda perlu sedar bahawa Islam mengamalkan prinsip murunah yang membawa maksud Islam agama yang luwes dan anjal lagi fleksible. Tidakkah anda tahu? Islam fleksible dalam semua perkara dan salah satunya dalam hal menuntut ilmu yang mana lelaki dan perempuan boleh bercampur apabila belajar. Dan tidakkah anda tahu bhawa suara wanita tidak menjadi aurat ketika sedang belajar. Jika Islam begitu ketat, makanya jika kalian tidak larat untuk berpuasa ketika bulan Ramadhan, anda terpaksa berpuasalah dan tidak dibenarkan berbuka meskipun tiada daya lagi untuk berpuasa. Jika benar begitu, makanya tiada siapa-siapa pun yang mahu memeluk agama Islam jika Islam begitu memaksa.

Islam membenarkan manusia bercinta dengan had-had tertentu. Saya paham, bahawa cinta mendorong kepada zina dan kta seharusnya tidak mendekati zina. Islam membenarkan pertunangan. Tahukah kalian takrif pertunangan? Pertunagan ditakrifkan sebagai kenyataan berikut "Aku mencintaimu" yang dikelurkan oleh lelaki dan dibalas dengan "Aku juga mencintaimu" oleh perempuan atau kata-kata mahupun perbuatan yang sama maksud dengannya. Tidakkah anda perasan bahawa ungkapan tersebut dikeluarkan oleh insan yang bercinta? Ternyata bercinta atau istilah lainnya bertunang tidak menjadi suatu masalah jika kita tidak melampaui batasan syarak yang dibenarkan. Segalanya terpulang kepada tuan yang punya badan.

Oleh tu, kepada para pembaca, jangan terus percaya dengan artikel-artikel di internet sebaliknya perlulah selidiki sejauh mana kebenarannya. Ini tidak, dengan disertakan dengan ayat al-Quran, terus kalian mengambil itu sebagai hujah yang kukuh tanpa membuat rujukan kepada pihak yang arif. Kepada penulis-penulis, jangan hanya berkarya dengan sesuka hati kerana mungkin apa-apa yang anda coretkan mungkin menjadi dusta dan di”foward”kan. Cuba bayangkan berapa banyak dosa yang anda buat. Jika apa yang saya coretkan ini salah, tolong tegurkan kerana ilmu di dada ini tidaklah sebegitu tinggi.