Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

Permasalahan lelaki dan wanita

Assalamualaikum,
Macapada penulis-penulis blog mengeluarkan pendapat mengatakan perhubungan lelaki dan wanita adalah haram. Mana mereka belajar? Apa kelayakan mereka untuk mengeluarkan hukum sedemikian? Barang sesiapa yang mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram adalah berdosa dan merupakan salah satu tanda kiamat. Di sini, saya ingin mengutarakan pendapat kerana tergerak untuk menyatakan pendapat setakat ilmu yang terpahat di dada yang tidaklah sebanyak mana.

Makanya, kenapa ustaz-ustaz tidak menghalang pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar? Mengapa pula ulama dan ahli fatwa tidak mengeluarkan fatwa bahawa bergaul lelaki dan perempuan adalah haram? Anda perlu sedar bahawa Islam mengamalkan prinsip murunah yang membawa maksud Islam agama yang luwes dan anjal lagi fleksible. Tidakkah anda tahu? Islam fleksible dalam semua perkara dan salah satunya dalam hal menuntut ilmu yang mana lelaki dan perempuan boleh bercampur apabila belajar. Dan tidakkah anda tahu bhawa suara wanita tidak menjadi aurat ketika sedang belajar. Jika Islam begitu ketat, makanya jika kalian tidak larat untuk berpuasa ketika bulan Ramadhan, anda terpaksa berpuasalah dan tidak dibenarkan berbuka meskipun tiada daya lagi untuk berpuasa. Jika benar begitu, makanya tiada siapa-siapa pun yang mahu memeluk agama Islam jika Islam begitu memaksa.

Islam membenarkan manusia bercinta dengan had-had tertentu. Saya paham, bahawa cinta mendorong kepada zina dan kta seharusnya tidak mendekati zina. Islam membenarkan pertunangan. Tahukah kalian takrif pertunangan? Pertunagan ditakrifkan sebagai kenyataan berikut "Aku mencintaimu" yang dikelurkan oleh lelaki dan dibalas dengan "Aku juga mencintaimu" oleh perempuan atau kata-kata mahupun perbuatan yang sama maksud dengannya. Tidakkah anda perasan bahawa ungkapan tersebut dikeluarkan oleh insan yang bercinta? Ternyata bercinta atau istilah lainnya bertunang tidak menjadi suatu masalah jika kita tidak melampaui batasan syarak yang dibenarkan. Segalanya terpulang kepada tuan yang punya badan.

Oleh tu, kepada para pembaca, jangan terus percaya dengan artikel-artikel di internet sebaliknya perlulah selidiki sejauh mana kebenarannya. Ini tidak, dengan disertakan dengan ayat al-Quran, terus kalian mengambil itu sebagai hujah yang kukuh tanpa membuat rujukan kepada pihak yang arif. Kepada penulis-penulis, jangan hanya berkarya dengan sesuka hati kerana mungkin apa-apa yang anda coretkan mungkin menjadi dusta dan di”foward”kan. Cuba bayangkan berapa banyak dosa yang anda buat. Jika apa yang saya coretkan ini salah, tolong tegurkan kerana ilmu di dada ini tidaklah sebegitu tinggi.

Sunday, January 25, 2009

al-Quran dan Yahudi

Yahudi telah mengkaji al-Quran dan segala isi kandungannya.

Dan di akhir zaman akan berlaku perang; perang akhir zaman yang mana semua bahan api sudah tiada lagi. Yang ada cuma senjata tradinasional sepeti pedang dan lembing. Dan sebuah laporan dari kumpulan tabligh yang tinggal di Israel, menyatakan setiap rumah Yahudi di Israel terdapat sebuah pedang titanium(besi terkuat di dunia). Pedang ini dikatakan akan digunakan oleh mereka untuk menentang umat Islam dalam perang tersebut akhir zaman. Walaupun pada hakikatnya umat Islam akan memenangi perang tersebut,tetapi adakah kita telah melakukan persediaan untuk menghadapi perang tersebut?

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan dalam entry sebelum ini, Yahudi telah mengkaji al-Quran bagi menyesatkan umat Islam

moral yang kita boleh ambil ialah, penentang umat Islam yang utama telah mengkaji kitab umat Islam. Sedangkan kita umat Islam tidak mengkaji kitab kita sendiri. Kita sepatutnya berasa malu.

4F

Allah berfirman; mereka(Yahudi) tidak akan pernah meredhai kamu melainkan kamu mengikuti mereka.

Jadi di sini saya ingin menyatakan bentuk-bentuk serangan Yahudi ke atas umat Islam khususnya yang telah dijalankan secara licik.

Yahudi ada 4 serangan ke atas umat Islam:
1) Fun
2) Fashion
3) Food
4) Female

Saya tertarik untuk mengulas sedikit mengenai pengunaan wanita dalam menyerang umat Islam. Jika kita ingat, syaitan tidak pernah dapat menghasut Nabi Adam A.S, untuk melanggar perintah Allah agar tidak menghampiri suatu pokok larangan di dalam syurga. Akan tetapi, syaitan hanya mampu memperdayakan Siti Hawa dan seterusnya dapat memujuk Adam A.S. untuk memakan buah yang terdapat di pokok larangan. Ternyata orang Yahudi telah mengambil pendekatan yang sama untuk memperdayakan umat Islam. Kita umat Islamcseharusnya malu dengan kaum Yahudi kerana mereka bukan sahaja mengkaji segala isi al-Quran malah menggunakannya untuk menjatuhkan umat Islam sendiri.