Friday, April 5, 2013

Copy Paste PDF



PDF di internet tidak dapat dinafikan sangat membantu kita dalam melakukan tugasan sebagai seorang pelajar.  Tetapi memuat turun PDF dan cuba untuk menyalin (copy) dan tampal (paste) tulisan dalam PDF ke Mircrosoft Word atau mana-mana perisian merupakan satu halangan.
Selalunya, apabila kita cuba menyalin tulisan daripada PDF, hasil seperti dibawah akan diperoleh.

Dalam tulisan kali ini, saya cuba berkongsi kaedah mudah untuk kita menyalin tulisan daripada PDF tanpa menggunakan sebarang perisian.
1.       Cari PDF yang dikehendaki melalui mana-mana search engine, seperti google.com
2.       Kemudian, klik pada Quick View.

3.       Selepas itu, klik pada View -> Plain HTML(shortcut: petik kekunci “H” pada papan kekunci anda)


4.       Hasilnya seperti dibawah
 
 Anda boleh menyalin dan menampal tulisan tanpa perlu risau lagi.

Tutorial ini adalah untuk memudahkan anda tanpa perlu menggunakan perisian-perisian yang ada di internet tetapi bukanlah satu kaedah yang terbaik untuk copy paste tulisan daripada PDF. Gunakan ilmu ini untuk tujuan kebajikkan.