Assalamualaikum dan dalam 1Malaysia. Setelah sekian lama pemetikpapankekunci mendiamkan diri, kini saya kembali. Belakangan ini, kita sering didedahkan oleh media dengan gejala pembuangan bayi. Hal ini kian hari kian serius dan membimbangan semua pihak. Walaupun kerajaan meningkatkan hukuman kepada hukuman yang lebih berat, mereka ini seolah-olah tidak mengendahkannya. Apa nak jadi dengan masyarakat kita?! Adakah manusia zaman sekarang sudah runtuh moralnya sehinggakan menjadi lebih teruk daripada binatang?
Anak-anak kecil yang tidak bersalah dibuang di merata-rata tempat. Mereka yang menjadi saksi percintaan antara dua iblis diperlakuakan seperti tiada nilai lagi. Yang pastinya, perlakuan yang lebih terkutuk daripada binatang ini pastinya akan lebih menjadi-jadi terutamanya pada bulan November ini. Hal ini kerana, inilah bukti percintaan antara dua binatang ketika malam 14 Februari! Malam yang mana seorang dara menyerahkan segalanya demi cinta yang berpaksikan hawa nafsu.
Telah sampai waktunya, kita semua sedar bahawa, hukuman hudud adalah yang paling sesuai bagi mengatasi permasalahan ini. Hudud bukan sahaja memberi keinsafan kepada mereka yang disabit, malah memberi pengajaran kepada mereka-mereka yang lain bagi menjauhi perkara tersebut. Janganlah perkara ini terus dibiarkan berlaku. Janganlah kita berjuang demi kepentingan politik sahaja. Akan tetapi, kita hendaklah berjuang demi kepentingan ummah! Jangan dibiarkan nafsu menguasai diri sehingga menghalalkan perkara-perkara haram.
Masyarakat tidak boleh memandang serong kepada mereka-mereka yang telah terlanjur. Pastinya akan wujud keinsafan dalam diri mereka. Kita tidak seharusnya terus mengherdik mereka malah kitalah yang perlu menjadi pendorong bagi mereka untuk kembali ke landasan yang benar. Dengan pendekatan yang berhikmah, pastinya golongan ini tidak akan terus terpesong dari jalan Allah. Ibu bapa seharusya menelan kenyataan bahawa anak mereka telah berzina dan mengandungkan anak luar nikah walaupun pahit. Hal ini kerana, ini adalah kesalahan mereka kerana tidak memantau kehidupan harian anak-anak mereka dan sibuk dengan urusan kebendaan.
Konsklusinya, luka ini tidak seharusnya dibiarkan dari terus menanah. Tindakan segera perlulah diambil bagi mengelakkan anak-anak yang menjadi saksi percintaan dua merpati daripada terus diperlakukan lebih hina daripada binatang.