PDF di internet tidak dapat dinafikan sangat
membantu kita dalam melakukan tugasan sebagai seorang pelajar. Tetapi memuat turun PDF dan cuba untuk
menyalin (copy) dan tampal (paste) tulisan dalam PDF ke Mircrosoft Word atau
mana-mana perisian merupakan satu halangan.
Selalunya, apabila kita cuba menyalin tulisan
daripada PDF, hasil seperti dibawah akan diperoleh.
Dalam tulisan kali ini, saya cuba berkongsi
kaedah mudah untuk kita menyalin tulisan daripada PDF tanpa menggunakan sebarang perisian.
1.
Cari PDF yang
dikehendaki melalui mana-mana search engine, seperti google.com
2.
Kemudian,
klik pada Quick View.
3.
Selepas itu,
klik pada View -> Plain HTML(shortcut: petik kekunci “H” pada papan kekunci
anda)
4.
Hasilnya seperti
dibawah
Anda boleh menyalin dan menampal tulisan tanpa perlu risau lagi.
Tutorial ini adalah untuk memudahkan anda
tanpa perlu menggunakan perisian-perisian yang ada di internet tetapi bukanlah satu kaedah yang terbaik untuk copy paste tulisan daripada PDF. Gunakan ilmu
ini untuk tujuan kebajikkan.