Friday, April 5, 2013

Copy Paste PDF



PDF di internet tidak dapat dinafikan sangat membantu kita dalam melakukan tugasan sebagai seorang pelajar.  Tetapi memuat turun PDF dan cuba untuk menyalin (copy) dan tampal (paste) tulisan dalam PDF ke Mircrosoft Word atau mana-mana perisian merupakan satu halangan.
Selalunya, apabila kita cuba menyalin tulisan daripada PDF, hasil seperti dibawah akan diperoleh.

Dalam tulisan kali ini, saya cuba berkongsi kaedah mudah untuk kita menyalin tulisan daripada PDF tanpa menggunakan sebarang perisian.
1.       Cari PDF yang dikehendaki melalui mana-mana search engine, seperti google.com
2.       Kemudian, klik pada Quick View.

3.       Selepas itu, klik pada View -> Plain HTML(shortcut: petik kekunci “H” pada papan kekunci anda)


4.       Hasilnya seperti dibawah
 
 Anda boleh menyalin dan menampal tulisan tanpa perlu risau lagi.

Tutorial ini adalah untuk memudahkan anda tanpa perlu menggunakan perisian-perisian yang ada di internet tetapi bukanlah satu kaedah yang terbaik untuk copy paste tulisan daripada PDF. Gunakan ilmu ini untuk tujuan kebajikkan.

Wednesday, January 9, 2013

Sekat penularan spam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Facebook merupakan laman sosial yang yang berpengaruh kini. Akan tetapi, beberapa pihak telah menggunakan Facebook bagi tujuan spamming. Sebagai contoh, spam topup free dan sebagainya. Oleh itu, dinasihatkan pentadbir(admin) kepada group-group yang terdapat di Facebook supaya menyekat penularan spam ini. 

Langkah mudah dengan menjadikan post di group perlu disemak dan diluluskan terlebih dahulu.

Mula-mula sekali, pentadbir perlu membuka group yang ditadbirnya. Kemudian, klik kepada Group Setting(Icon Gear) yang terdapat di bawak group banner.


Kemudian, tanda pada Post Approval dan klik Save.



Kepada yang terklik link di Facebook dan mendapati akaun anda sudah dijangkiti, anda dinasihatkan menukar password anda segera. J

Thursday, April 26, 2012

Download Facebook Video


Disebabkan kekangan masa, dah lama tak updateblog ini. Kali ni PPK nak share benda yang agak best jugak. Walaumacamanapun, mungkin anda semua dah tahu ataupun dengan menggunakan kaedah lain J
Kali ini PPK nak share macam mana nak download video dari Facebook.
Mula-mula, pastikan ada greasemonkey jika anda guna Firefox. Kalau Chrome tak payah ada greasemonkey dah. Kalau nak cari greasemonkey, boleh lah cari dekat post-post yang sebelum ini.
Kemudian, install script ni http://userscripts.org/scripts/show/97964

Hasilnya, 
Juga boleh digunakan bersama IDM :)

Selamat mencuba

Wednesday, February 8, 2012

Logout!



Hari ini saya nak share kepentingan “logout”. Kalau salah minta tolong betulkan J
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa kena logout sedangkan kila boleh click close pada browser dan semuanya akan terpadam. Ternyata salah tanggapan sebegitu.

Sebenarnya, apabila kita login ke sesuatu website, cookies akan “terbentuk”. Akan tetapi, sesetengah laman web tidak mengingkripsi sambungan. Oleh itu, ada pihak ketiga yang boleh “mendengar” sambungan tersebut.

Apa yang mereka boleh buat dengan mendengar sambungan tersebut?

Mereka boleh meng’login’ ke akaun anda dan melihat segala yang ada dalam akaun tersebut tanpa had. Pendek kata, pihak ketiga tersebut merupai diri anda dan masuk ke akaun tersebut

Apabila anda logout, cookies tersebut akan expired dan pihak ketiga tersebut tidak lagi dapat menggunakan cookies yang diperoleh semasa anda melayari laman web tersebut.

Bagaimanapun, saya menasihatkan anda melayari laman web yang mengengkripsi sambungan dengan menggunakan https://

Anda juga dinasihatkan membuang cookies setiap kali selepas habis melayari internet.

Monday, January 16, 2012

New FB Emoticon


Bosan dengan emoticon yang sama jer dekat fb korang?
Try this out

utk pengguna Firefox, Safari dan Opera, sila install adds-on Greasemonkey dahulu.
klik sini untuk pengguna Firefox
Utk pengguna Chrome, boleh skip step di atas
Lepas dah install, anda hanya perlu add script ini ke dalam browser anda
Dan hasilnya

Tuesday, January 3, 2012

Reveal the password


Nak amek curi password org lain?
Method tanpa guna keylogger or pishing?
Mudah ja.
Utk yang guna google chrome,
Klik icon spana
Amek option
Personal stuff
Manage saved password
Klik url yg korang nak, eg. Facebook.com
Then klik show password J

Mozila firefox pula,
Amek option
Dalam security, pilih saved password
 Klik url yg korang nak, eg. Facebook.com
Then klik show password J

Windows Update dengan selamat


Nak update windows tanpa kena kena detect guna pirate windows?
Benda ni dh lama org tahu, tapi just nak share utk org yang belum tahu
Ikut step ni

  1. Pergi windows update
  2. Klik View Your critical Updates
  3. Right click file KB971033.
  4. Klik hide update.


Bagi yang terlanjur install KB971033,
  1. Pergi windows update.
  2. Klik update history.
  3. Cari nama KB971033
  4. Right click dan uninstall
  5. Kemudian reboot J


Ini pula penerangan dari Microsoft tentang KB971033.

Jadi, buat kawan-kawan di luar sana, diharap boleh update Windows anda untuk security dan fix bugs yang lain. Insyaallah dah tak kena detect J


mula-mula terpikir cara ni. lepas tuh g cari dekat http://geekmontage.com/how-to-uninstall-windows-7-activation-update-kb971033/
mensahihkan cara ini

Wednesday, December 14, 2011

Gaji nai, Barang naik


Asal gaji naik, harga barang mesti naik kan?
Ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia. Ini disebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk meraih lebih untung. Jika gaji pekerja dinaikkan 10 kali ganda, maka harga barang pun akan ikut serta. Makanya tiada untungnya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kerana ini akan menyebabkan harga barang turut naik. Kesian kepada pekerja sektor swasta kerana mereka tidak menikmati kenaikkan gaji, sebaliknya merasai peningkatan harga barang. Apalah salahnya jika kerjaan hanya mengeluarkan pekeliling menyatakan kenaikkan gaji tanpa perlu dihebahkan dalam media. Ya, lambat laun peniaga akan tahu jua hal berikut, tetapi akan mengambil sedikit masa.

Saya tidak menyalahkan peniaga mahu mengaut untung, tetapi biarlah berpada. Contohnya sepaket gula naik 30 sen. Peniaga minuman pasti akan menaikkan minuman mereka 10 sen. Cuba bayangkan, sepeket gula boleh digunakan untuk membuat 50 minuman, jika 50 minuman dinaikkan 10 sen setiap satu, makanya dia akan untung RM 5. Inilah yang disebutkan melampau. Sepeket gula naik 10 sen, tetapi mereka boleh membat untung sebanya RM 5. Renung-renungkan

Tuesday, December 6, 2011

TuneUp Utilities 2012


Sebelum ni ada turorial pasal TuneUp Utilities kan?
Ni dia softwarenye. Banyak manafaat!
Dan kemudian install
Generate dan kemudian copy key tuh dn letak dalam registration tuneup
tapi kena disable update dan skip online registration

Tukar login screen korang jadi mcm egen FBI


Hari ini saya akan share mcm mana nk tukar login screen korang jadi mcm egen FBI

Tools yg kena ada TuneUp Utilities

Picture boleh pilih...memandangkan tutorial tulis utk jadi FBI, ini antaranya
http://fc00.deviantart.net/fs45/f/2009/083/a/f/FBI_Logo_2_by_gandiusz.jpg
atau mana-mana gambar yang korang suka..tak semestinya FBI

Download dan install TuneUp Utilities.
Kemudian pergi  ke customize windows
Pilih “logon screen”
Klik Create New
Dan pilih search local drives dan cari tempat kat mana korang save image tersebut
Lepastu klik save logon screen
Select logon screen yg baru dan klik apply
untuk hasilnya, restart.
p/s: kalau computer jadi slow, tukar ke defult balik.hehehe

Monday, December 5, 2011

Facebook dan hacking?



Facebook dan hacking?
Macam tak dapat dipisahkan sekarang ni.
Tiap-tiap hari ada sahaja Facebook yang dihack.

Ada beberapa langkah mudah untuk elak dari kena hack
1)     Jangan klik link-link di internet sesuka hati. Anda mungkin menyebabkan komputer anda terdedah kepada hacker
2)     Guna secured login
Account setting>Secrity>Secure browsing(edit)>enable>save
3)     Guna password yang secured
Contohnya anda bernama Ali dan dilahirkan pada tahun 2011 boleh dijadikan password seperti ini
@|_i11 atau /\Li11
Tetapi saya menasihatkan anda menggunakan nama yang tidak diketahui umum(cth:nama yang dipanggil dalam keluarga ) dan tidak menggunakan tahun kelahiran anda.
4)     Akhir sekali, delete browing data
Bagi pengguna Google Chrome; Pegi kt customize>tools>clear browsing data
ataupun Ctrl+Shift+Delete

Selamat mencuba dan harap-harap korang bukan mangsa seterusnya

Pelik dan kagum



Pelik kan? Apa yang peliknya?

Mana tak peliknya, orang sangat benci Yahudi, tetapi still guna Facebook dan sebagainya. Tak perlu untuk kita membenci Yahudi sebaliknya perlu kagum dengan keupayaan mereka memanipulasi umat Islam di seluruh dunia. Kenapa perlu marah kepada mereka? Sedangkan kita yang terlalu leka dibuai mimpi. Strategi mereka untuk menjatuhkan Islam telah berjaya dan berkesan sekali.

Ini kerasa mereka mempunyai strategi dan pelan yang begitu mantap untuk menghancurkan umat Islam. Kita tidak sepatutnya membenci mereka kerana mereka yang telah mereka komputer, internet dan sebagainya yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia hari ini.

Kagum bukan? Yang paling kagum, satu masa dahulu ada kempem boikot barangan Yahudi, tetapi sekarang apa dah jadi? Renung-renung dan fikirkan.

Tuesday, February 1, 2011

Salam

Belakangan ini heboh di facebook yang mengatakan bahawa penggunaan istilah “salam” adalah salah. Oleh itu, saya terpanggil untuk membetulkan keadaan. Dalam mesej tersebut : Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Saya mengakui ayat tersebut adalah ayat asli daripada Al-Quran dan tidak ditokok tambah. Akan tetapi, ayat itu sebenarnya telah dimanipulasikan menerusi huraian yang diberikan dalam masej tersebut sehingga mengelirukan. Cuba kita lihat beberapa ayat sebelumnya.

And those whom they invoke besides Allah have no power of intercession;- only he who bears witness to the Truth, and they know (him). ((Allah) has knowledge) of the (Prophet's) cry, "O my Lord! Truly these are people who will not believe!". But turn away from them, and say "Peace!" But soon shall they know! (QS. 43:87-89) *dalam laptop saya hanya mengandungi terjemahan dalam bahasa inggeris*

Jika kita melihat ayat 87 hingga ayat 89, nabi diutus kepada satu kaum dan kaum tersebut mengingkarinya. Lalu nabi mengadu kepada Allah. Allah menyuruh nabi supaya berpaling daripada kaum tersebut dan mengucapkan “salam” kepada mereka.

Ternyata di sini bahawa nabi sendiri telah menggunakan istilah “salam”, maka tidak menjadi satu kesalahan jika kita juga menggunakannya.

Selain itu, ulama telah bersepakat bahawa menggunakan “salam” bagi menggantikan “Assalamualaikum” dibenarkan, tetapi lebih molek jika kita member salam dengan sepenuhnya. Tetapi terletak pada pilihan masing-masing, mana-mana satu pun boleh dipakai. Oleh itu, saya berharap umat Islam tidak lagi terkeliru dengan penggunaan “salam”. Diharapkan selepas ini kita lebih berhati-hati dengan setiap masej yang kita terima. Periksa dahulu kesahihannya sebelum menyebarkannya kepada orang lain meskipun tertulis ayat Al-Quran kerana artikel-artikel di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja dan kadang-kadang mengelirukan.

Tuesday, November 16, 2010

Firdausi buat Firdaus

Di hadapannya, terbujur kaku mayat orang yang dikasihinya. Air mata darah sekalipun, tidak mampu mengembalikan masa yang berlalu. Mayat itu sudah kafankan dan tidak lama lagi akan diusung ke liang lahad menanti pembalasan.

Taggal 16 September, lahirlah seorang insan. Kelahirannya tidak seperti kebiasaan kita. Anak-anak zaman sekarang disambut oleh doktor-doktor yang pakar dan dibantu oleh alat-alat canggih. Kelahirannya hanyalah disambut oleh seorang misi yang bertugas di klinik desa dengan keadaan yang serba kekurangan. Nama diberi Firdaus, Firdaus bin Ahmad.

UPSR menjelang tiba. Tidak lama lagi, Firdaus dan rakan-rakannya akan menghadapi suatu peperiksaan yang amat penting bagi mereka. Inilah masa yang dinantikan setelah enam tahun di Sekolah Kebangsaan Kampung Hulu. Inilah bakal menjadi pintu bagi mereka keluar daripada kepompong hidup kampung. Bagi Firdaus, inilah peluangnya bagi mengubah nasib keluarganya. Beliau merupakan pelajar pilihan guru-guru di sekolah tersebut. Pencapaiannya amat memberansangkan dan jauh meninggalkan pelajar-pelajar yang lebih bernasib baik daripadanya.

“Pin,pin,” suara hon motosikal posmen yang menghantar surat. Amat jarang rumah En. Ahmad disinggahi oleh posmen. Apal lagi untuk menerima sepucuk surat. Melihat sampul surat yang diberikan oleh posmen, Firdaus tersenyum lebar. Apabila disuruh untuk membuka dan membacanya, ternyata apa yang terlintas difikirannya benar belaka. Air mata Pn. Rokiah bergelinangan tanda bersyukur kepada Ilahi. Ushanya membesarkan anak sulungnya itu tidak sia-sia.

Dari dalam teksi, beliau melihat melalui tingkap. Semuanya kereta-kereta mewah. Anak-anak yang dihantar ke sana juga tidak kurang hebatnya. Berpakaian serba mewah serta bergaya. Lagak gaya jalannya bukan calang-calang. Menampakkan kreadibiliti yang tinggi. Tetapi, Firdaus hanya mengenakan baju sekolah lama yang agak lusuh. Itu pun pemberian Cikgu Jefri. Manalah En. Ahmad mampu membelikan baju baharu kepada anaknya yang seorang itu.

“Tok,tok,tok.” Bunyi ketukan pintu oleh Cikgu Rizal memecah kesepian dalam kelas 1 Cemerlang. Pelajar-pelajar yang memberikan tumpuan kepada papan putih dihadapan beralih pandangan ke arah pintu kelas. Muka Cikgu Rizal menunjukkan ekspresi yang agak pelik. Beliau merupakan seorang guru yang ceria. Tetapi, ketika itu, mukanya ibarat ditimpa suatu bebanan yaang besar. Cikgu Rizal mengiringi Firdaus ke pejabat. Kelihatan Firdaus terkedu dan air mata mulai mengalir ke pipinya. Para pelajar kebingungan.

Talkin sedang dibacakan. “Wahai Ahmad bin Osman. Akan datang kepadamu dua malaikat. Dan janganlah kamu berasa takut.” Itulah antara kata-kata imam semasa membaca talkin. Ya! Bapa Firdaus telah meninggal dunia.

Disebabkan perlu membesarkan anak-anaknya, Pn. Rokiah telah berkahwin dengan seorang duda. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Firdaus dan adiknya diperlakukan seperti orang asing dalam keluarga itu. Bapa tiri mereka menjadikan mereka berdua sebagai mangsa melepaskan geram dan penat bekerja. Firdaus yang dahulu yang merupakan pelajar cemerlang tingkatannya, kini menjadi seorang pelajar yang corot. Beliau sedar bahawa, jika dia meneruskan pengajian, pasti tidak akan dipersetujui oleh bapa tirinya. Beliau rasa sungguh kasihan dengan adiknya yang dipelakukan seperti hamba. Ibunya, hanya menurut perintah suaminya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukannya.

Beliau sengaja mencari hal disekolah. Bukannya untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya, tetapi untuk menamatkan pengajiannya agar dia boleh menjaga adiknya, Syukri. Beliau tidak tahan melihat adiknya yang sudahlah cacat, malah dihina, diherdik dan dipukul pula oleh ayah tirinya itu. Firdaus juga dikutuk oleh rakan-rakanya. Beliau tidak kisah akan apa yang diperkatakan padanya. “Kau ni bodoh la. Buat malu nama sekolah saja.” “Oii Daus, kau ni merosakkan keputusan tingkatan kita sahaja. Kerana kau, silap-silap, kita tidak akan dapat keputusan terbaik bagi sekolah di negeri Pahang.” Kalau boleh, dia hendak sahaja meneruskan pengajiannya. Tetapi, sangat kasihnya kepada Syukri, beliau hiraukan semua itu. Yang pasti, dia hendak menamatkan pengajian secepat mungkin untuk menjaga Syukri.

Pelbagai kerja dicari bagi menyara kehidupannya dan adiknya. Siang dan malam membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi. Biar dirinya tidak makan seharian, asalkan adik kesayangannya itu kenyang bersendawa. Biar dia bermandi peluh, asalkan adiknya senyuman riang terukir di bibir Syukri. Senyuman Syukri membuatkan keperitan hidupnya berlalu begitu sahaja. Demi senyuman adik, abang sanggup lakukan apa sahaja.

“Zeti, tolonglah. Jangan kacau saya lagi. Cukuplah saya dihina. Saya tidak akan kembali ke sekolah,” desak Firdaus yang terjumpa Zeti ketika membelikan baju baharu untuk Syukri di pekan. Zeti berasa bingung. Apa yang membuatkan kawan baiknya itu berkelakuan sedemikian. Setahunya, ibunya sudah berkahwin lain setelah kematian bapanya. Menurut apa yang dikatakan oleh Firdaus, pekerjaan bapa tirinya itu bukannya tidak mampu menyara keluarga itu. Apa yang tidak Zeti ketahui ialah, kesengsaraan yang dihadapi oleh Firdaus dan adiknya sehingga mereka melarikan diri daripada keluarga itu.

Zeti cuba pergi ke rumah Firdaus. Setelah bersembang dengan Pn. Rokiah, barulah Zeti mengerti apa yang dihadapi oleh Firdaus. Zeti mencari Firdaus di seluruh pekan. “Ponn...” bunyi hon kereta diikuti dengan bunyi geseran tayar akibat brek secara mengejut. Zeti melangkah keluar dari motokarnya dengan cemas. “Ya Allah, Daus!” teriak Zeti. Tidak disangkanya. Orang yang dicari selama ini dipertemukan dalam keadaan seperti itu. Firdaus berlumuran darah. Kecederaan serius di bahagian kepalanya. Dia melihat adiknya dan tersenyum melihat adiknya yang terselamat daripada dilanggar sambil berkata, “Abang sayang adik”. Lalu, matanya terpejam.

Orang yang selama ini yang dikeji serta dikutuk di sekolah merupakan seorang yang mulia. Pengorbanannya demi adik kesayanggannya tidak terperi. “Tidak ku sangka sanggup dia berkelakuan begitu. Orang yang kita keji dahulu di sekolah sebenarnya adalah lebih mulia. Bukan sengaja dia mahu begitu, tetapi, keadaan yang mendesak. Kita sebagai orang luar hanya mampu berkata tanpa tahu mengapa,” kata Zeti sambil teresak-esak. Moga-moga Syurga Firdaus buat Firdaus Bin Ahmad.