Thursday, March 19, 2009

Politk wang UMNO??

Apa benarkah Khairy Jamaluddin dan Ali Rustam terlibat dengan politik wang? Atau terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan mereka? Semuanya tidak dapat dirungkai dengan jelas. Memetik kata-kata pembangkang, Datuk Sri Anwar, beliau sendiri seperti mempersoalkan keterlibatan dua tokoh tersebut dengan isu politik wang. Seperti kita tahu, beliau pernah menjadi anggota UMNO seketika dahulu dan amat memahami selok-belok dan taktik segenap ahli UMNO.

Kenapa Ali Rustam menghantar rayuan jika benar beliau terlibat? Tidakkah, dengan siasatan lanjut akan membuka pekung di dadanya dengan lebih luas atau maksud lain membongkar lebih banyak aktiviti politik wangnya? Jika difikir secara rasional, semestinya beliau tidak akan menghantar rayuan jika benar beliau terlibat. Di sini kita boleh mempertimbangkan bahawa mungkin benar beliau tidak terlibat dengan politik wang.

Jika beliau tidak terlibat, mungkinkah beliau menjadi kambing hitam yang menjadi mangsa? Tapi siapakah pemangsanya? Adakah terdiri daripada calon yang bertanding jawatan yang sama dengannya? Atau mereka yang berkata, “Saya lebih suka memilih seseorang yang menunjukkan 'integriti dan berkemampuan, daripada 'taat setia'.”

Apa-apa pun, masing-masing mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Kita punya akal yang dikurniakan oleh Allah untuk membezakan antara yang batil dan yang hak.